Your Ad Here

BAGAIMANA RAWATAN HEMODIALISIS DIMULAKAN?

 Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya. Hari ni saya nak update sedikit bagaimana rawatan hemodialisis dijalankan.

Jangan takut yep...
Mula-mula sediakan pesakit dengan saiz jarum yang sesuai (memangnya agak besar jarum ni).



Tangan yang menanti pemangsa..hehehe..respek pada pesakit, mereka memang punya tahap tahan kesakitan yang tinggi, rilek je...

Baca lanjut...

RAWATAN HEMODIALISIS

Mungkin ada yang nak tahu bagaimana rawatan dijalankan. Saya cuma dapat terangkan serba ringkas di sini. Ini adalah kerana untuk mempamerkan gambar pesakit agak kurang sesuai demi menjaga privasi pesakit. Harap korang pun faham, terima kasih semua...





   


Mesin Hemodialisis
 Ada pelbagai jenis mesin yang terdapat di Malaysia.ni lah antara yang glamer...Mesin Fresenius. Mesin nilah yang akan menyingkirkan semua bahan buangan dari dalam darah pesakit melalui penapis (dialyser), yang tersepit kat tepi mesin tu.
Selain bahan kumuh, mesin ni juga akan membantu mengeluarkan air dari badan pesakit, mungkin ramai tak percaya jika saya katakan pesakit buah pinggang ramai yang takde kencing langsung...nilah gunanya mereka datang ke unit ni 3 kali seminggu. Minum air pun mestilah dicatu setiap hari untuk mengelakkan masalah lebihan cecair.


Baca lanjut...