Your Ad Here

RAWATAN HEMODIALISIS

Mungkin ada yang nak tahu bagaimana rawatan dijalankan. Saya cuma dapat terangkan serba ringkas di sini. Ini adalah kerana untuk mempamerkan gambar pesakit agak kurang sesuai demi menjaga privasi pesakit. Harap korang pun faham, terima kasih semua...





   


Mesin Hemodialisis
 Ada pelbagai jenis mesin yang terdapat di Malaysia.ni lah antara yang glamer...Mesin Fresenius. Mesin nilah yang akan menyingkirkan semua bahan buangan dari dalam darah pesakit melalui penapis (dialyser), yang tersepit kat tepi mesin tu.
Selain bahan kumuh, mesin ni juga akan membantu mengeluarkan air dari badan pesakit, mungkin ramai tak percaya jika saya katakan pesakit buah pinggang ramai yang takde kencing langsung...nilah gunanya mereka datang ke unit ni 3 kali seminggu. Minum air pun mestilah dicatu setiap hari untuk mengelakkan masalah lebihan cecair.


Baca lanjut...


 
 


Mesin Reverse Osmosis (Osmosis Berbalik)
Ni pula mesin R.O (Osmosis Berbalik). Tanpa mesin  ni proses hemodialisis pesakit tak boleh mencapai kualiti yang diharapkan. ini kerana dengan mesin ni lah air R.O akan dihasilkan untuk membersihkan darah pesakit.

Nampak kampit garam tu, kita di HDU Marudi guna 25kg garam tu untuk 2 minggu je...hah!? Terkejut, memang betul, ianya untuk kegunaan mesin R.O ni (softener filter), mungkin saya akan terangkan lebih detail jika ada yang benar-benar ingin tahu, tapi agak komplikated sedikit.




UV Tank

Yang ni pulak Tangki UV untuk menyimpan dan memproses air untuk kegunaan mesin ADR kami di sini.


Mesin ADR (Automated Dialyser Reprocessor)
Mesin ni akan gunakan air dari UV Tank tadi untuk kegunaan membersihkan kekotoran dan darah daripada penapis darah (dialyser) tadi setelah tamat rawatan hemodialisis setiap pesakit. Prosesnya adalah membersihkan dialyser, mengukur kapasiti dialyser, mengesan kebocoran dialyser, jika semuanya tiada masalah, baharulah disinfektan akan dimasukkan kedalam dialyser ni untuk disimpan semalaman untuk kegunaan semula pesakit nanti.


Normal Saline


Heparin (Anti-Koagulan)



Bloodline



Dressing Set, Blood Giving Set & AVF Needles
Yang kat atas ni semua alat-alat yang diperlukan untuk rawatan hemodialisis
Kita rehat dulu sambil klik Nuff...
 

0 ulasan: