Your Ad Here

KEGAGALAN GINJAL AKUT (ACUTE RENAL FAILURE)

Kali ni saya nak kongsi sedikit pasal Kegagalan Ginjal Akut (ARF). Mungkin ramai di antara kita tak perasan tentang Kegagalan Ginjal Akut ni. Mungkin kerana kita kurang maklumat berhubungnya ataupun ada yang kurang endah. Kat sini saya Cuma terangkan secara ringkas dan tidak mendalam agar mudah difahami umum.


Ni kite punye nefron (cantikkan?). Terdapat kira-kira 1 juta nefron dalam setiap ginjal. Ia akan rosak satu  persatu hingga masalah ginjal muncul.


Baiklah, tanpa buang masa lagi…Apa itu Kegagalan Ginjal Akut?






   
Kegagalan Ginjal Akut adalah suatu perubahan mendadak kepada ginjal untuk berfungsi normal (seperti yang diterangkan sebelum ini). Ini dikaitkan kepada kegagalan ginjal untuk menyingkirkan bahan toksin (bahan buangan kesan daripada metabolism tubuh badan) melalui proses kencing. Ini menyebabkan kandungan toksin (uremic toxins) terlalu tinggi di dalam darah.


ARF ni boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori utama iaitu:


•     Oliguria – seseorang pesakit yang membuang kurang daripada 500ml air kencing dalam    

       tempoh 24 jam.

•    Nonoliguria – pesakit yang membuang lebih daripada 500ml air kencing dalam tempoh 24 

      jam.


Salah satu punca kerosakan buah pinggang (ginjal). Punca dikategorikan kepada 'pre-renal', 'renal' & 
'post-renal'


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa masih dikatakan ARF sedangkan kencing lebih 500ml dalam kes nonoliguria. Perlu diketahui walaupun jumlah kencing banyak namun jika diukur kandungan buangan dalam kencing dan disahkan kurang kandungan toksin yang dikeluarkan, maka dalam hal ini tetap akan dikategorikan sebagai ARF.


Dalam masalah ini kedua-dua ginjal telah mengalami kegagalan, ini kerana jika satu ginjal masih normal, masalah ARF tidak akan terjadi. Dalam erti kata lain tanda-tanda kegagalan ginjal akut muncul apabila kedua-duanya dah rosak. Semasa satu je rosak kita takkan perasan. Senyap dan mengerikan bukan?!!…jadi buatlah pemeriksaan berkala 6 bulan contohnya, amalkan pemakanan dan cara hidup sihat.