Your Ad Here

BAGAIMANA RAWATAN HEMODIALISIS DIMULAKAN?

 Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya. Hari ni saya nak update sedikit bagaimana rawatan hemodialisis dijalankan.

Jangan takut yep...
Mula-mula sediakan pesakit dengan saiz jarum yang sesuai (memangnya agak besar jarum ni).



Tangan yang menanti pemangsa..hehehe..respek pada pesakit, mereka memang punya tahap tahan kesakitan yang tinggi, rilek je...

Baca lanjut...

Pas tu mulalah cucuk jarum ke AVF (saluran darah khas yang dibuat untuk dialisis) untuk keluarkan darah ke mesin, barulah cucuk bahagian atas pulak (vena) untuk balikkan darah yang bersih ke badan semula...

Aihh!!! Apasal tadi tangan kiri kurus, tukar pulak tangan kanan yang gemuk sedikit... Jangan heran, pesakit yang lain ni, ada yang kidal AVF kene sebelah kananlah...Punyelah tahan dia, katanya takde rasa langsung, dah kebal.


Dah siap cucuk dan plaster, pesakit ni sedia untuk didialisis.


Bila dah ready semuanya pesakit akan diminta duduk dengan selesa kat kerusi dialisis, dan kerja-kerja menyambungkan talian darah ke mesin pun dimulakan. Dah siap dan takde masalah terjadi, maka pesakit akan didialisis ataupun kata lain 'bercuci' selama 4 jam kebiasaannya sebelum mereka balik ke rumah dan datang lagi dua hari kemudian.

0 ulasan: