Your Ad Here

BEREHAT SEKEJAP DI HDU MARUDI

Lama jugak saya tak update blog ni...lama jugak tak berkunjung ke blog kawan-kawan semua...
Sibuk jugak beberapa hari sebab tengah uruskan blog2 adsense. Di kesempatan ni mohon maaf pada kawan-kawan blogger semua.

Kali ni saya nak cerita pasal member2 kat hdu marudi sikit, asyik penyakit je pun boring jugak kan?..

Oklah, korang layanlah beberapa keping gambar kat sini kali ni.



 Aktiviti Masa Rehat 30 minit



Tuu... dia...'menyental' buah langsat...lepas ni gerenti sakit perut...



Hari berikutnya...mereka berdua lagiii...seronok kat hdu yee.....





Beginilah aktiviti mereka yang kita selalu lihat. Ni sebenarnya 2 kakitangan HDU Marudi yang sedang berehat. Maklumlah letih berkerja, waktu rehat gunakan sepenuhnya.

Seramai 6 kakitangan kat sini, 2 PPP, 2 Jururawat dan 2 PPK...mungkin saya akan updatekan carta organisasi HDU Marudi kat sini di lain kesempatan.




KATEGORI ARF, TANDA-TANDA & SIMPTOM-SIMPTOM ARF

Seperti yang dijanjikan saya berkesempatan 'updatekan' sedikit lagi berkenaan ARF ni...

Kegagalan Ginjal Akut dikategorikan kepada 3 iaitu:

(1)    Kegagalan Prerenal.
Kekurangan pengaliran darah ke ginjal menjadi penyebab utama masalah ini. Apasal aliran darah boleh berkurangan mengalir ke ginjal? Tentu nak tau kan…antara sebab-sebabnya adalah:

(a)    Hypovolemia atau kekurangan volum darah dalam badan.
(b)    Shock atau renjatan
(c)    Kehilangan darah yang banyak
(d)    Jangkitan
(e)    Pengeluaran cecair dalam kes asites dan lecur kebakaran
(f)    Gangguan jantung dalam masalah Kegagaln jantung dan ‘dysrhythmias’





(2)    Kegagalan Instrinsik (Parenkima)
Kegagalan Instrinsik merupakan kerosakan kepada bahagian dalam ginjal itu sendiri. Kebiasaannya kerosakan berpunca daripada nekrosis tubul akut (kematian tisu pada tubul). Penyebabnya adalah:

(a)    Penyakit darah ‘sel sikel’
(b)    Kesan akut ‘Stroptococcal glomerulonephritis’
(c)    Pilonefritis akut
(d)    Iskemia (kekurangan darah beroksigen pada ginjal)

(3)    Kegagalan post renal. Ini berpunca daripada penyumbatan kedua-dua saluran ureter (saluran dari ginjal ke pundi kencing). Antara punca penyumbatan adalah:
(a)    Batu karang
(b)    Bekuan darah pada saluran
(c)    Kehadiran ‘papillae’ daripada nekrosis papillary
(d)    Ketumbuhan
(e)    Edema urethra kesan daripada komplikasi pemasangan kateter (tiub kencing)

Tanda-tanda & Simptom-simptom ARF

Tanda-tanda awal akan berubah menjadi tanda-tanda yang teruk apabila ginjal tidak lagi mampu untuk berfungsi normal. Kesan ini secara langsung akan mengganggu fungsi normal system tubuh yang lain seperti:

 (1)  Sistem Gastrointestine (Penghadaman) – Hilang selera makan, mual, muntah, cirit birit atau sembelit, inflamasi oral, perdarahan, najis mengandungi darah, kekeringan membrane mukus, ‘uremic breath’.

(2)  Sistem Saraf Pusat (Otak). – Sakit Kepala, Mengantuk, Rasa Tidak Selesa, Kebingungan,
‘peripheral neuropathy’, konvulsi, koma.

(3)  Sistem Integumentari -  
: kekeringan kulit, kegatalan, pucat, purpura, dan, ‘uremic frost’ (jarang terjadi).


Untuk seterusnya saya 'update' lagi nanti...InsyaAllah.